TEMAN

DEMI MASA

Monday, August 31, 2009

SATU HARI DI HARI MERDEKA


Hari ini hari kemerdekaaan Ke 52Negaraku Malaysia yang sangat ku cintai. Aku teramat bangga dan bersyukur kepada Allah kerana menjadi rakyat Malaysia. Negara yang dipimpin oleh para pemimpin yang berjiwa rakyat, bersifat mulia, tawaduk’,sanggup berkorban diri demi rakyat jelata. Rakyat di dahulukan ( bukan di hulu) dari kepentingan diri dan isteri sendiri .

Negara yang aman dan makmur serta sifar dari pada segala macam jenayah dan kekalutan.Para Pemimpin dan rakyat Negaraku bersih daripada rasuah. Badan pencegah rasuah pun telah lama di hentikan operasinya. Keganasan segala macam jenayah pun telah pupus kerana keberkatan keadilan pemerintah .Kini pasukan polis pun dah tak ramai, itupun untuk menjaga lalulintas dan sebagai polis pelancong.
Komen : Lega.

Negara ku kini telah menjadi satu Negara yang disegani seantero dunia. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pertuturan dan bahasa ilmu di merata dunia, natijah kegigihan para pemimpin yang sanggup mempertahankan dan mendaulatkan bahasa ibunda. Agama Islam yang menjadi Agama resmi Negara dan di amalkan sepenuhnya di semua bidang tanpa mengabaikan kebajikan rakyat non-muslim.
Komen : MasyaAllah.Indahnya.

Kini kami dikenali sebagai ‘Satu Malaysia’ atau ringkasnya One Maa... Rakyat berbilang kaum hidup bersatu amat padu. Api perkauman telah lama padam, natijah daripada saf kemimpinan yang ikhlas dan sifar dari sifat mengugut. Kami kini bebas memilih yang terbaik menurut neraca iman.Kerajaan pun 'No Hal' demi kesejahteraan rakyat. Kerajaan Negeri-Negeri yang dipilih rakyat tidak lagi di sisihkan atau di ganggu gugat, upacara 'mengangkat keluar' speakerl tidak lagi dihalalkan.
Komen : Apa nak lagi...

Media-media utama pun kini bersikap adil dengan menyiarkan berita –berita yang sahih, samarata tanpa manipulasi dan laga melaga demi keselesaan tuan mereka. Kenal beza plastik dan Palestin.Tiada lagi agenda mengampu, tiada lagi sarat dengan hiburan terlampau yang merosakkan minda dan aqidah. Natijah dari kefahaman dan kesedaran adanya hari kemudian yang segala tindakan akan disoal dan dipertanggungjawabkan. Siapalah tak bangga menjadi anak Malaysia.
Komen : Pergh .


Tiba-tiba aku tersedar (aku harap mereka-mereka mereka juga sedardiri)dari lamunan yang tak 'ori' dengan izin. Insaf. Kembali ke alam realiti. Apa nak buat nasib badan kerana aku timun yang tergolek. La Tahzan.. Kerana Allah SWT Maha Adil , mana tahu satu hari nanti kalau 'One Malaysia' , satu Malaysia ni.. menrealiti impianku. Barulah jiwa aku tenteram dan amanmerdeka. InsyaAllah.Walu bagemana pun buat masa ...ku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA….MERDEKA…..MERDEKA. ALLAHU AKBAR.
Komen : No komen No romen sbab dulu keja gomen.


Repekan

Anak Merdeka yang belum merdeka sepenuhnya
Tanggal 31 Ogos 2009
p/s Selamat hari lahir untuk diriku jua.

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute