TEMAN

DEMI MASA

Wednesday, March 03, 2010

Di antara Sirah dan Sunnah : Penyebab kekeliruan dan kesilapan



oleh nazarudin

Salah satu sebab punca kesalahan dan kekeliruan di dalam Feqh As-Siasi ialah kekeliruan menggunakan sirah sebagai hujjah. Di dalam Islam Al-Quran adalah sumber utama. Sementara Sunnah adalah sumber syariat dan hujjah yang kedua selepas Al-Quran. Sunnah ialah penerang, pentafsir dan praktikal baginya.

Akan tetapi kesilapan yang sering dilakukan adalah dengan meletakan sirah di tempat Sunnah dan menjadikan sirah sebagai dalil dan hujjah sepertimana peranan Al-Quran dan Sunnah.Kedudukan sirah tidak menyamai Sunnah. Sebahagian sirah tidak mempunyai asas dan sumber pengambilannya. Oleh kerana itu, ulama Usul tidak meletakan sirah di dalam penta'rifan sunnah, bahkan mereka mengatakan "Sunnah adalah sesuatu yang dilahirkan oleh Baginda samada perkataan, perbuatan atau pengakuan. Ulama usul tidak menjadikan sirah sebahagian daripada pentakrifan Sunnah.

Namun terdapat juga pendapat yang menyandarkan maksud Sunnah itu dengan perkataan, perbuatan dan pengakuan dari sudut akhlak, keperibadian dan sirah. Ini kerana mereka menggabungkan semuanya samada ianya ada kaitan dengan syariat atau pun tidak. Mereka juga berpendapat sunnah juga diambil kita dari kehidupan Baginda sejak lahir hingga dilantik sebagai rasul serta selepas daripada itu (sehingga Baginda Wafat )

Di sini terdapat dua perkara penting yang perlu diambil perhatian :

1- Kebanyakan sirah diambil dari periwayatan sanad yang tidak soheh. Kadangkala ianya diambil dengan cara tasahul (mudah) tidak seperti periwayatan hadis yang berkaitan dengan hukum halal dan haram.
2- Sirah adalah perihal perlakuan Baginda ketika hayatnya, iaitu satu bahagian (perbuatan) daripada definasi sunnah.

Perlakuan tidak semestinya menunjukan kewajipan ke atas sesuatu, ia semata-mata harus. Ia memerlukan dalil yang lain untuk menunjukan kewajipannya.

Memang benar, kita diperintah agar mengikuti Sunnah Baginda S.A.W sepertimana firman Allah : Surah Al-Ahzab ayat ke 21 yang bermaksud ( Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.)

Akan tetapi ayat ini membuktikan keharusan bukan kewajipan. Tauladan dari sirah Baginda adalah sesuatu perkara yang umum. Justeru, tidak perlu kita memulakan dakwah secara sembunyi sekiranya dakwah secara terbuka lebih mudah dan tiada halangan. Juga kita tidak perlu berhijrah sepertimana Baginda berhijrah sekiranya kita berada di Negara yang aman serta mudah untuk berdakwah. Oleh itu, tidak dikira fardu berhijrah ke Madinah kepada setiap muslim selepas Fath Makkah

Kita juga tidak perlu untuk menunggu selama 13 tahun untuk mempelajari aqidah seperti Baginda di Makkah kerana kita hidup di kalangan muslimin yang telah beriman.
Apa yang perlu kita lakukan hari ini adalah menegakan keadilan umum, membebaskan masjidil Aqsa atau menentang musuh Islam. Dan semua ini tidaklah menyalahi petunjuk Sunnah yang Baginda tidak laksanakannya kecuali di Madinah. Di Makkah Baginda menekankan tauhid kerana Ianya dikelilingi oleh masyarakat jahiliyyah yang mensyirikan Allah dan mendustakan Baginda.

Sumber : Dr Yusuf Qardawi

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (51) video (9) video nasyid (1)

My Salute