Jumaat , 12/03/2010 – Kecacatan kelahiran meningkat di kalangan bayi yang baru lahir di Semenanjung Gaza – pertama didokumenkan di Palestine Telegraph – telah menjadi jelas, walaupun dakwaan yang bertentangan oleh doktor di Hospital Al-Shifa Hospital. Wanita Mengandung kini hidup diselubungi ketakutan.

Noha Abu Laban, 37, penduduk kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza, kini dalam bulan akhir mengandung, dan berkata: “Ketika perang, saya menghidu asapfosforus putih,yang ditembak di bumbung rumah kami. Saya berasa sakit sejak mengandung, dan berlaku pendarahan yang banyak.” Noha kini dirawat di Unit Jagaan Ibu Mengandung Risiko-Tinggi di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza .

Alaa Al-Tunp, 25 penghuni Kejiranan Al-Tofah , berkata: “Apabila saya mendengar cerita mengenai kecacatan janin, Saya berasa amat bimbang, terutama sekali sejak gugur sekali sebelum ini, ketika perang, ketika bulan ke 3 mengandung. saya menghirup asap fosforus putih. Terdapat ramai wanita Mengandung kini berada di Unit Jagaan Ibu Mengandung Risiko-Tinggi mengalami pengalaman yang sama.” Alaa mengatakan dia amat bimbang dia akan gugur sekali lagi, atau bayinya cacat.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hasbullah