TEMAN

DEMI MASA

Sunday, July 25, 2010

MUNAFIK


Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Ibnu Khuzaimah:

إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةِ عَلَى الْمُنَافِقِيْنَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ فِيْهِمَا لَأَتَوْهُماَ وَلَوْ حَبْوًا

Maksudnya: Sesungguhnya solat yang paling berat keatas orang-orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh (berjemaah), jika sekiranya mereka mengetahui (kelebihan) yang terdapat pada kedua-duanya nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak.

Hadith ini jelas menjadi batas pemisah antara orang beriman dengan orang munafik (atau orang yang dihinggapi sifat munafik) yaitu dengan menghadiri solat Isyak dan Subuh berjemaah dimasjid. Berapa ramai dari kalangan orang yang bernama Islam, mengaku Islam, bahkan menjadi ahli dan sesetengahnya mencapai taraf pemimpin jemaah/pertubuhan/parti yang mendakwa memperjuangkan Islam tidak dilihat memberi perhatian kepada solat berjemaah, lebih-lebih lagi dua solat yang disebut dalam hadith diatas.

Adakah mereka ini munafik atau telah wujud sifat munafik dalam diri mereka? Muhasabahlah diri, rawat diri, pandanglah sedikit (kalau tidak banyak pun) sunnah Nabi Muhammad SAW dalam perkara solat berjemaah ini. Berkata Abdullah bin Umar RA sebagaimana riwayat at-Thobaraa-ni, al-Bazzaa-r, Ibnu Khuzaimah, al-Haa-kim:

Adalah kami (para sahabat) apabila kami kehilangan seorang lelaki pada solat Subuh dan Isyak, kami berburuk sangka dengannya.

Oleh atas setiap lelaki (perempuan dibolehkan solat dirumah) yang mengaku Islam, pejuang Islam, pemimpin jemaah/pertubuhan/parti yang memperjuangkan Islam serlahkan sifat orang-orang beriman, nyahkan sifat kemunafikan dari dalam diri, hidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Ust.Ibrahim


No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute