TEMAN

DEMI MASA

Wednesday, November 10, 2010

HAJI

Video Hiasan
Di pagi hening 8 zulhijjah 1430/25 Nov 2009 menuju Padang Arafah bersama
Jemaah Haji Andalusia travels and tours. Labbaik Allahuma labbaik. Labbaika
laa syariikalaka labbaik. Innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak.
(aku sahut panggilan Mu ya Allah, aku sahut. Aku datang dengan tidak
mensyirikan Mu, aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Mu,
segala ni'mat dari Mu dan kerajaan kepunyaan Mu. Tiada
sekutu bagi Mu)

HAJI

Khalilu’llah, Nabi Ibrahim ‘a.s., telah membina sebuah rumah kecil untuk beribadat kepada
Allah beberapa ribu tahun dahulu, iaitu rumah yang anda jumpai sekarang ini di Makkah AIMukarramah. Allah Ta’ala telah berkenan akan usahanya, berterimakasih atas kasih dan
keikhlasannya, sehingga Allah membangsakan rumah ini kepada diriNya. Allah berfirman:

“Siapa yang hendak beribadat kepadaKu hendaklah mengibadati Aku menghadapkan wajahnya ke arah rumah ini;dan barangsiapa yang sanggup pergi ke rumah ini hendaklah ia menziarahinya sekurang-kurangnya sekali untuk selama hayatnya; dan hendaklah ia tawaf sekeliling rumah itu seperti tawaf yang dilakukan oleh hamba dan sahabatKu, Ibrahim ‘a.s. yang didorong oleh rasa kasih.

Demikianlah, Allah Ta’ala telah menyuruh: Jika kamu menunaikan haji, keluar dan rumah
kamu menuju Rumah Haram ini hendaklah kamu bersihkan hati; kamu tahan nafsusyahwat kamu; kamu jauhi perbuatan fasiq, pertengkaran, pertumpahan darah dan perkataan keji; dan hendaklah kamu lakukan sifat-sifat sopan-santun, hormat, lemah-lembut dan khusyu’ tatkala membayangkan diri kamu di hadapan Tuhan. Ketahuilah bahawa kamu menghadapkan wajahmu kepada yang berkuasa yang bagiNya kerajaan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, yang kepadaNya berhajat segala yang lainNya. Ketahuilah, apabila kamu membayangkan diri kamu di hadapan Kami dengan menun jukkan sifat-sifat kelemahan, merendah-diri, khusyu’ dan ikhlas, dan kamu tunaikan kewajipan ‘ibadat kamu kepada Kami dengan sepenuh hati dan niat yang suci, maka akan Kami beri kamu upah yang besar.

Apabila anda perhatikan pekerjaan haji dengan pandangan lain, maka ia adalah pengabdian kehaderat Allah Ta’ala yang paling penting dan paling besar keadaannya. Mengapakah manusia sanggup meninggalkan pekerjaannya, perniagaannya, anak-anak dan kawan-kawannya, lalu menempuh perjalanan jauh yang sukar dan berat jika hatinya kosong daripada kasih akan Allah Ta’ala?

Bahawa tujuan manusia itu sendiri ketika keluar dan rumahnya memulai perjalanan menuju Baitullahil-Haram tidaklah sama dengan lawatan lawatan yang biasa. Bahkan seluruh cita-citanya dalam lawatan haji terpaling kepada Allah Ta’ala. Bertambah ke dalam hatinya perasaan cinta dan rindu kepada Rumah Allah Al-Haram. Manakala makin jauh ia berjalan dan merasa makin mendekati Ka’bah, bertambah dalam dirinya perasaan kasih, makin berganda rindunya, menjauhlah kalbunya daripada dosa dan maksiat, ia menyesali dosa-dosanya yang lampau, ia mendoa kepada Tuhannya, ia memohon agar Allah melimpahkan taufiq untuk menta’atiNya pada hani-hati yang tinggal daripada kehidupannya; mulailah ia merasa kebahagiaan yang luar biasa ketika menyebut Allah dan mengibadatiNya; ia sujud lama-lama, tak sedap rasanya nak mengangkat kepala dan sujud itu.

Demikian juga ketika membaca Al-Qur ‘an. Amat jauh bezanya perasaan bahagia yang
dialaminya pada waktu itu jika dibanding dengan masa yang sudah-sudah. Apabila ia berpuasa ia
mengalami perasaan seronok yang tidak pernah dialaminya sebelumnya.
Kemudian, ketika ia memasuki bumi Hijaz, dipijaknya tanah dengan kakinya, terbayanglah di
kedua matanya Se jarah Islam pada zaman permulaannya. Pada setiap potong bumi suci itu ia
menyaksikan kesan-kesan tokoh-tokoh orang yang diridhai Allah dan meridhai Allah, orang-orang yang dikasihi Allah dan mengasihi Allah, orang-orang yang berkorban pada jalan Allah dengan harta dan dirinya. Setiap butir pasir di bumi ini menjadi saksi bagi kebesaran Islam. Setiap batunyamenceritakan bahawa bumi ini adalah bumi suci yang daripadanya Islam telah muncul, yang danipadanya cahaya Islam telah memancar dan daripadanya kalimah Islam menjulang tinggi. Seperti inilah hati orang Muslim itu di penuhi kemesraan kepada Allah Ta’ala dan cinta kepada agamaNya. Dan manakala ia pulang ke tanah airnya, dalam hatinya telah terakam kesan-kesan Islam yang tiada akan hapus sehingga akhir masa hayatnya.

Pekerjaan haji itu banyak mempunyai manfa’at duniawi di samping manfa’at keagamaan.
Sebahagian daripadanya ialah, Makkah Al-Mukarramah telah dijadikan pusat Kaum Muslimin, tempat tujuan mereka yang datang dari seluruh pelusuk muka bumi, dan berbagai macam keturunan dan tanah air. Dengan adanya pertemuan ini mereka merasakan persaudaraan di antara mereka, dan mereka semua terdiri daripada ummat yang satu.

Pekerjaan haji itu adalah pengabdian kepada Allah Ta’ala pada satu pihak. Pada pihak lain, ia
merupakan muktamar tahunan dunia yang kepadanya berduyun-duyun Kaum Muslimin datang dan seluruh pelusuk dan sudut muka bumi. Ia merupakan cara yang terbesar dan jalan yang paling berjaya untuk mendidik saudara-saudara Muslim sejagat supaya bersatu, berkasih-sayang dan tolongmenolong.’

Wallahu 'alam

petikan daripada

ASAS-ASAS ISLAM
Abu’l A’la Al-Maududi

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute