TEMAN

DEMI MASA

Saturday, November 13, 2010

WUKUF DI ARAFAH



DICATAT OLEH MISBAHULMUNIR THURSDAY, NOVEMBER 26, 2009

Wukuf adalah kemuncak haji yang sangat penting. Rasulullah saw
pernah menyatakan bahawa “haji adalah wukuf”. Tanpa wukuf
tidak ada artinya ibadah haji. Esok adalah hari wukuf di Padang
Arafah. Jamaah haji sudah mulai bergerak perlahan-lahan menuju
ke Padang Arafah.

Esok jugalah perjalanan yang paling sesak di dunia menuju ke
Padang Arafah. Jutaan umat Islam meninggalkan Mekah menuju
ke Arafah. Tidak ada dalam dunia satu hari perjalanan yang
paling sibuk dan sesak melainkan perjalanan ke Padang Arafah.
Kesesakan yang sangat luar biasa di dunia. Bayangkan ribuan bas
akan bergerak menuju ke tempat yang sama. Anihnya setiap jamaah
haji berjaya sampai ke Padang Arafah sebelum tempoh wukuf berakhir.

Jarak antara Mekah ke Padang Arafah cuma 21km, masa yang
diambil oleh bas yang membawa jamaah haji ke Arafah tidak sama,
paling cepat 20 minit boleh sampai dan paling lama sehingga
memakan masa berjam-jam. Berada di Padang Arafah tidak
diperlukan lama, hanya sekadar berada seketika pada waktu-
waktu wukuf sudah memadai dan sah wukufnya.

Di Arafahlah peluang terbaik untuk menumpukan sepenuh hati
ibadah kita kepada Allah swt. Doa di Padang Arafah antara yang
paling mustajab. Jamaah haji tidak akan melepas peluang untuk
membaca al Quran, berwirid, berzikir, solat sunat dan berdoa.

Hari Wukuf dianggap hari-hari paling mencabar bagi menguji daya
ketahanan para jamaah sama ada dari mental, fizikal atau spritual.
Suasana yang sangat panas terik membayangkan perhimpunan yang
lebih besar, lebih panas dan lebih padat iaitu perhimpunan di
Padang Mahsyar.

Pada hari Wukuf, jemaah haji akan berhimpun di Padang Arafah
selama separuh hari sebelum ke Muzdalifah. Di Muzdalifah pula,
jemaah dikehendaki berada i kawasan itu sekurang-kurangnya
beberapa minit termasuk mengutip batu-batu kecil bagi membuat
lontaran jamrah di Mina.

Di Mina, jemaah akan tinggal lebih lama iaitu tiga hari pada hari-hari
tasriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Secara amaliah pula, wukuf di Arafah mencerminkan puncak
penyempurnaan haji seseorang.Di Arafah, Rasulullah pernah
menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah
wada’ atau khutbah perpisahan. Ini kerana tidak lama kemudian
setelah menyampaikan khutbah itu, baginda wafat.
Pada saat itu, ayat al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai
pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang
disampaikan Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW.

Wukuf di Padang Arafah juga adalah untuk mengingati kembali
peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi
dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya
oleh tipu daya Iblis.

Di Arafah Rasulullah SAW mengambil masa terlalu lama berdoa
kepada Tuhan. Melihat kepada peristiwa-peristiwa penting itu,
dapat difahami kenapa Arafah begitu penting dalam ibadat haji
dan di situ para jemaah digalakkan untuk memperbanyakkan zikir,
solat sunat, membaca al-Quran, bermunajat dan berdoa.
Berdoa di Arafah dikatakan mudah dimakbul doa seseorang.
Kerana itu, nabi-nabi menjadikan Arafah sebagai saluran
memanjatkan doa kepada Tuhan.

Bagi mereka yang belum pernah menjejakkan kaki ke Arafah,
Muzdalifah dan Mina, secara umumnya keadaan di persekitarannya
nampak tandus dan gersang. Bukit-bukau berwarna keperang-
perangan tanpa ditumbuhi pokok. Luasnya sayup mata memandang.
Adakalanya ia kelihatan menakutkan.

Sebab itu ada orang tempatan yang memandu berseorangan cuba
mengelak menggunakan laluan ini pada waktu malam.
‘‘Pada hari itu, Allah gembira sekali jika kita berdoa kepada-Nya.
Ia mengabulkan semua doa mereka di sana, sebagaimana sabda
Rasullullah SAW, “Di antara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak
kan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah.”

Di Arfah, jemaah dinasihatkan supaya jangan sekali-kali berharap nasib
mereka ditentukan oleh manusia lain bagi mengelak daripada kemurkaan
Allah SWT dan Tuhan lebih mengetahui termasuk apa yang terlintas dalam
hati manusia.

Esok juga ketika saudara-saudara kita sedang khusyuk menumpukan sepenuh
hati berwukuf di Padang Arafah, kita pula sangat digalakkan berpuasa sunat.
Al-Imam Ubnu Majah telah meriwayatkan dari Abu Qatadah, bahawa
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
"Puasa pada hari Arafah akan termasuk dalam hitungan Allah bahawa
puasa itu menutup dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya".

Maksud setahun yang terdahulu ialah dikira dari tahun yang mengandungi
hari Arafah sebelumnya sehingga tahun yang ia berpuasa hari Arafah.
Maksud setahun kemudian ialah dari akhir bulan haji yang ia berpuasa

di dalamnya sehingga awal tahun hijriah iaitu awal Muharram.

Maksud menutup dosa ialah diampunkan semua dosa kecil yang telah
dilakukannya kecuali dosanya terhadap sesama manusia, jika ia tidak
mempunyai dosa kecil maka Allah akan meninggikan pangkatnya dan
memeliharanya daripada melakukan dosa.

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute