TEMAN

DEMI MASA

Friday, December 03, 2010

Sabda Nabi saw : “ sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Juma’at,dia ....

Syari’at – Nabi saw mensyari’atkan dalam hadith sahih riwayat Baihaqi & Al-Hakim :
مَنْ قَرَأَ سُورَةُ الكَهْفِ يَوْمَ الجُمَعَةِ أَضَاءَ مِنَ النُُّورِ مَا بَيْنَ الجُمَعَتَينِِ
“ sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at,dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua juma’at “ ( Al-Hakim )

Fadhilat dan Kelebihan Surah Al-Kahfi
§ Sabda Nabi saw : “ sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at,dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua juma’at “ ( Al-Hakim / Sahih )
§ Sabda Nabi saw : “ Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi maka akan selamat dari gangguan dajjal ( Muslim, Nasaei, Tirmizi, Abu Daud / Sahih )
§ Al-Barar bin ‘Azib menceritakan seorang sahabat bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah ini didalam rumahnya, sehingga akhirnya kuda dirumahnya meronta-ronta. Sahabat ini meninjau ke luar dan mendapati gumpalan awan berdekatan kudanya, lalu ditanya kepada nabi saw, baginda menyatakan itulah Al-Sakinah (kebaikan, rahmat, barakah)yang diturunkan Allah kepada yang mengamalkan surah ini “ ( Ahmad, Bukhari, Muslim / Sahih )

Wallahu A'lam

Di petik dari http://lampuneonmu.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute