TEMAN

DEMI MASA

Wednesday, February 23, 2011

Khalifah yang tawadu' dan khadamnya

Ini adalah makam (Syria)Umar bin Abdul-Aziz, Khalifah Umayyah yang ke 8


Suatu hari Khalifah Umar Bin Abdul Aziz merasa panas lalu memerintahkan khadam perempuan baginda dengan berkata,"Wahai khadamku ! tolong kipaskan diriku." lalu khadam nya pun datang dan mengipas baginda dengan sebilah kipas.Tidak berapa lama kemudian khadamnya itu tertidur.

Lalu Umar mengambil kipas tersebut dan mengipasnya pula terhadap khadamnya. Tiba-tiba khadamnya terjaga daripada tidur lantas berteriak terkejut dengan perlakuan Umar itu. Kata Umar," Sesungguhnya engkau adalah manusia seperti ku juga. Sebagaimana aku merasa panas tentu engkau juga begitu. Oleh itu aku suka untuk mengipaskan engkau seperti mana engkau melakukan terhadapku.

Dari Buku Khalifah Zuhud Umar Abdul Aziz

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute