Oleh MD HUMAIDAN | ARAB NEWS
Diterbitkan pada: Mar 3, 2011
JEDDAH: Tiga orang jemaah Umrah dan seorang pemandu terbunuh ketika sebuah bas berlanggar dengan sebuah lori di Makkah-Madinah Expressway berhampiran Khulais, sebuah bandar yang terletak kira-kira 85 km utara Jeddah, Khamis.
Dua dari para jemaah yang terkorban dikenalpasti sebagai warga Malaysia dan yang ketiga,seorang wanita Indonesia.
Korban keempat adalah pemandu bas tersebut.
Bas itu membawa 33 Malaysia dan jumlah jemaah Indonesia yang tidak dinyatakan menuju ke Madinah ketika melanggar bahagian belakang lori yang sarat dengan muatan berat.
Mangsa terkorban sertamerta di tempat kejadian, 31 penumpang lain yang cedera dibawa ke hospital sakit berhampiran.
Salah satu daripada enam jemaah yang cedera teruk diterbangkan ke hospital sakit di Jeddah, menurut sumber Polis dan Pertahanan Awam.
Dalam kemalangan yang sama minggu lalu, pemandu bas jemaah terbunuh ketika sebuah lori terbalik dan menghentak bas ke Arafah di Makkah.
No comments:
Post a Comment