TEMAN

DEMI MASA

Monday, April 18, 2011

RIBUT PUTING BELIUNG MELANDA AMERIKA SYARIKAT KORBAN 44 MANGSA SETAKAT INI.

Jumlah korban ribut mencapai 44 ketika 241 puting beliung melanda 14 negeri dalam masa tiga hari ... menerbangkan bumbung, pohon dan tiang elektrik bersama mereka.
Seramai 23 kematian yang dilapurkan di North Carolina, 4 di Virginia, 7 di Alabama, 2 di Oklahoma, 7 di Arkansas dan satu di Mississippi.

Ribut di AS yang paling buruk sejak Mac 2008 - dan jumlah korban dijangka meningkat.
Jumlah angka korban dalam tiga hari cuaca buruk di bahagian tenggara dipercayai telah meningkat sehingga 44, apabila sebanyak 241 puting beliung dilapurkan meranapkan bumbung sekolah, menyekat jalan-jalan dan memutuskan bekalan elektrik.
4 orang - termasuk seorang kanak-kanak - maut dalam keganasan ribut yang bergerak pantas melanda Virginia dan mencederakan 64 warga Gloucester County pada hari Sabtu. Hujan ais sebesar limau dilapurkan semasa ribut mengganas, menyebabkan banjir kilat.

Kanak-kanak itu terbunuh di negeri Lembah Shenandoah selepas mangsa dihanyutkan banjir kilat, dan pihak berkuasa berjaya menyelamatkan seorang mangsa banjir yang lain - namun yang ketiga hilang.

Storm on the horizon
Ancaman Gergasi: foto ini di ambil hanya beberapa saat sebelum Richard Burkett dan isterinya berlindung di dalam almari di bawah tangga rumah mereka. Puting beliung melanda bangsal mereka di Colerain, North Carolina dan mendatangi rumah mereka.

Forecast: This Sunday weather map shows where the storms and flash flood risks are in the U.S.
Ramalan cuaca: Peta cuaca hari Ahad menunjukkan di mana risiko ribut dan banjir kilat di AS

Some houses untouched, others obliterated
Beberapa rumah tidak di sentuh, yang lain musnah selepas puting beliung merempuh melalui Deltaville, Va. Puting beliung dan banjir kilat telah meyebabkan beberapa orang terkorban di Virginia, dan kru-kru terus mentaksirkan kerosakan teruk yang disebabkan ribut hujung minggu di beberapa wilayah negeri.

Wide shot: This aerial photo shows tornado damage at the Lowes Home Improvement Center in Sanford, North Carolina on Sunday
Pandangan Luas: Foto di udara menunjukkan kerosakan oleh puting beliung di Pusat Lowes Home Improvement di Sanford, North Carolina pada hari Ahad

Path of destruction: This aerial photo shows tornado damage in the St. Andrews subdivision south of Sanford, North Carolina
Laluan Kehancuran: Foto dari udara ini menunjukkan kerosakan di sebabkan puting beliung di Sub-divisyen St Andrews selatan Sanford, North Carolina

Crushed: The remains of a destroyed Lowe's Home Improvement store after a tornado in Sanford, North Carolina
Ranap: Sisa-sisa kedai perbaikan Home Lowe setelah puting beliung di Sanford, North Carolina.

Destruction: A tornado flattened most of this home in the LaGrange subdivision in Fayetteville, North Carolina
Kemusnahan: Puting beliung meratakan sebahagian besar rumah ini di Bahagian Lagrange di Fayetteville, North Carolina

Sebanyak 241' twister' dilapurkan di 14 negeri selama 72 jam terakhir, meletakan kedudukan bencana ini di antara yang terbesar dalam sejarah dan ribut paling teruk di AS sejak Mac 2008, ketika itu 57 orang terbunuh oleh puting beliung di selatan dan di Ohio Valley, kata ahli meteorologi AccuWeather.com, Andy Mussoline.
'Malangnya saya jangka jumlah ini akan meningkat, "kata Mr Mussoline.


No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute