TEMAN

DEMI MASA

Monday, November 28, 2011

Penjara Israel Sebagai Universiti- Syeikh zahir Ali Mousa

Gambar hiasan : Penjara Naftha Israel


Ini gambar syeikh zahir Ali Mousa ketika beliau berusia 25 tahun (usia beliau ditangkap untuk kali yang ketiga). Kini beliau sudah berusia 43 tahun ketika dibebaskan. Beliau bercerita tentang program tarbiyyah tahanan Palestin di dalam penjara Israel. Mereka ada liqa' (perjumpaan mingguan) di mana mereka mendalami al-quran dan menguasai deen. Beliau mengatakan masa di dalam penjara menjadi univers
iti bagi mereka.

Program yang paling penting ialah menguasai al-Quran bukan sahaja dari sudut hafazan tetapi juga dari sudut membaca al-Quran mengikut hukum tajweed dan qiraat. Bahkan mereka mengadakan pertandingan siapakah yang bolih menghafaz al-quran dalam waktu yang paling cepat. Tempoh yang paling cepat ialah 3 bulan. Sehingga kini sudah 10,000 tahanan menjadi hafiz Quran di dalam penjara.


Mereka juga mempelajari tafseer; di antaranya Fi zilal Quran, tafseer Ibnu kathir, Tafseer al-Qurtubhi dll. Mereka juga mempelajari al-Quran dari guru-guru yang tseqah di mana dikurniakan syahadah (certificate). Syeikh Zahir Ali Mousa sendiri memberi syahadah kepada 15 orang tahanan palestin. Beliau sendiri mendapat syahadah dari seorang syeikh al-Quran dari Jazeerah (Arab saudi). Sementara itu seorang lagi al-aseer al-muharrar (tahanan yang dibebaskan), Sy Husam Badran, yang hadir sama berjaya memperoleh ijazah dalam bidang Political Science dari University of Jerusalem. Hukuman penjara yang dikenakan ke atas beliau selama 18 tahun dipergunakan untuk mentarbiyah diri dan utk takhassus dalam disiplin ilmu.


Sumber: Aqsa Syarif

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute