Tawakkal dari segi bahasa diambil dari perkataan wakala yang bererti mewakilkan urusan kepada pihak lain. Manakala dari segi istilah syarak iaitu keyakinan hati kepada satu-satunya wakil iaitu Allah s.w.t. Maksudnya kita serah sepenuhnya hasil atau akibat sesuatu urusan setelah kita berusaha dan berdoa kepada Allah s.w.t. Mari kita renung beberapa ayat yang berkaitan dengan tawa
kkal.
Pertama: Bertawakkallah kamu kepada Zat yang hidup, yang tidak pernah mati - surah al-Furqan ayat 58.
Kedua: Hanya kepada Allah sahajalah orang-orang mukmin bertawakkal.-Surah Ali Imran ayat 159
Ketiga:Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.-Ath-Talaq ayat 3
Keempat: Daripada Ibnu Abbas r.a, ia mengucapkan "Hasbunallahu wa ni'mal wakiil" kerana kalimat itu adalah kalimat yang dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s. ketika dilempar ke dalam api, dan dibaca oleh
Nabi Muhammad s.a.w ketika orang-orang kafir mengatakan, "Sesungguhnya orang-orang Quraisy telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, oleh kerana itu takutlah kamu sekalian mereka!" Tetapi ucapaan (orang-orang Quraisy itu tidak menjadikan mereka lemah bahkan) menambah keimanan mereka serta mengucapkan "Hasbunallahu wa ni'mal wakiil (Cukuplah Allah penplong bagi kami dan Dialah sebaik-baik wakiil". (Riwayat al-Bukhari)
Marilah kita menyerahkan segala urusan kita dan meletakkan pergantungan kita kepada Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam.
Sumber: http://www.facebook.com/Majalahalustaz
No comments:
Post a Comment