TEMAN
DEMI MASA
Monday, April 12, 2010
Fiqh Awlawiyat (Fiqh Keutamaan)
Segala pujian hanya milik Allah, shalawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita Muhammad, kepada keluarganya, dan para sahabat seluruhnya
Mafhum Fiqh Awlawiyat
Fiqh Awlawiyat atau fiqh keutamaan (prioritas)adalah dua perkataan yang di ambil dari ‘fiqh’ dan ‘awlawiyat’. Fiqh bermaksud ‘faham’. Fiqh disini bukan bermaksud pengertian fiqh disegi istilah para ahli fekah tetapi ialah satu kefahaman yang dikurniakan allah sebagai satu syarat untuk mencapai tahap kesempurnaan kebaikan dan petunjuk sesuai dengan hadis nabi s.a.w : “ Sesiapa yang dikehendaki allah kebaikan ke atasnya, maka diberinya kefahaman terhadap ad-deen (agama)”.
“Awlawiyat’ pula adalah kata jamak dari ‘awla’ iaitu yang paling baik, paling sesuai, paling utama seperti yang disebut di dalam kamus-kamus bahasa ( Mukhtar as-Sihah). Maka pengertian fiqh awlawiyat ialah memahami apa yang paling utama daripada beberapa perkara dari sudut pelaksanaan. Ini bermakna memberikan hak keutamaan didahulukan pada perkara yang mesti didahulukan daripada perkara yang lain yang utama dikemudiankan, sesuai dengan masa dan waktu perlaksanaannya.
Di dalam istilah fiqh atau ilmu usul ia disebut sebagai ‘khilaf awla’ yang bermaksud sekalipun berlaku khilaf (perselisihan)di dalam masalah atau hukum tersebut tetapi ia paling sesuai untuk dilaksanakan.
Al-Fadhil Dr. Yusuf al-Qardawi memberikan takrif Fiqh Awlawiyat sebagai “menetapkan sesuatu pada martabatnya,tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan apa yang berhak dikemudiankan, tidak mengecilkan perkara yang besar atau membesarkan perkara yang kecil”.
Petikan dari Dakwah dan Fiqh Awlawiyat oleh azizeehasan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARKIB NEGARA
KATEGORI
agama
(87)
Akhlaq dan Nasehat
(1)
Aqidah
(1)
Bencana alam
(20)
Cerita nasihat
(24)
formula
(1)
haji
(22)
Jumaat
(8)
keluarga
(18)
Kesihatan
(13)
Luar Negeri
(5)
Mekah
(2)
politik
(4)
Ramadhan
(30)
sahabat
(3)
Sains
(17)
sajak
(8)
Seni
(2)
surah aljumuah
(1)
tips
(18)
Umum
(50)
video
(9)
video nasyid
(1)
No comments:
Post a Comment