TEMAN

DEMI MASA

Wednesday, March 10, 2010

Kelebihan-Kelebihan MAKKAH AL-MUKARRAMAH



Makkah al-Mukarramah dipilih oleh Allah menjadi tempat tumpuan hamba-hambaNya yang beriman dan dikurniakan kelebihan serta keistimewaan yang banyak kepadanya.

Di bawah ini dinyatakan beberapa hadis mengenai kelebihan Makkah:
Makkah adalah Tanah Haram

RasululLah telah bersabda pada hari pembukaan kota Makkah: ((Sesungguhnya negeri Makkah ini telah dijadikan oleh Allah sebagai Tanah Haram pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Makkah adalah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak dibenarkan berperang di dalam Makkah kepada sesiapa pun sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa masa sahaja (pada hari pembukaan kota Makkah tahun ke 8 H). Makkah adalah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga hari kiamat. Tidak boleh memotong pohon, tidak boleh menangkap binatang pemburuan (yang
hidup bebas), tidak boleh mengambil barang yang tercicir kecuali mereka yang mahu mengumumkannya kepada orang ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Makkah)). Lalu
berkata al-‘Abbas (bapa saudara RasululLah ): Kecuali Izkhir (sejenis tumbuhan yang harum baunya) ya RasululLah, ia dibuat bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah.
RasululLah menjawab: ((Kecuali Izkhir)).
Nabi Ibrahim mengisytiharkan Tanah Haram Makkah RasululLah bersabda: ((Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah seper timana Ibrahim mengharamkan Makkah dan aku berdoa untuk (keberkatan)
cupak dangantangnya sepertimana Ibrahim berdoa untuk Makkah).

Makkah adalah sebaik-baik negeri dan tempat yang paling disayangi oleh Allah dan RasulNya .
Abdullah ibn ‘Addiy ibn Hamra’ az-Zuhriy berkata: Aku melihat RasululLah berdiri di Hazwarah dan bersabda: ((Demi Allah! Sesungguhnya Makkah adalah sebaik-baik bumi Allah dan
bumi yang sangat disayangi oleh Allah , kalaulah aku tidak dihalau keluar daripadamu nescaya aku tidak akan keluar)). Makkah tidak dimasuki Dajjal RasululLah bersabda: ((Semua negeri akan dimasuki oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah, semua jalan masuk dikawal oleh para malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali dan Allah
akan mengeluarkan orang kafir dan munafiq daripadanya). Ancaman daripada melakukan ilhad (kejahatan) di Tanah Haram RasululLah berkata: (Tiga golongan manusia yang paling
dibenci oleh Allah:

1- Orang yang melakukan ilhad (kejahatan) di dalamTanah Haram;
2- Orang yang mahu mengekalkan amalan jahiliyyah di dalam Islam;
3- Orang yang menuntut darah manusia tanpa hak untuk menumpahkannya)).

Kelebihan Tawaf
Ibnu ‘Umar berkata: Aku mendengar RasululLah bersabda:(Sesiapa yang melakukan tawaf di rumah ini (Ka’bah) tujuh pusingan genap, adalah pahalanya seperti memerdekakan
seorang hamba)). Dan aku juga mendengar RasululLah bersabda: ((Tidak meletakkan kaki (orang yang tawaf) dan tidak pula mengangkat yang lainnya kecuali Allah menghapuskan kesalahannya serta menulis baginya satukebajikan)).
Rahmat kepada orang tawaf, solat dan memandang Ka’bah RasululLah bersabda: (Bahawasanya Allah menurunkan 120 rahmat setiap hari, diturunkan kepada Ka’bah 60 rahmat untuk orang tawaf, 40 untuk orang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya)).

Kelebihan Solat di Makkah
RasululLah bersabda: ((Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjid al-Haram, solat di Masjid al-Haram lebih afdhal 100 kali daripada solat di masjidku ini [iaitu 100 ribu kali di masjid lain].
Disebut di dalam riwayat lain: ((Solat di Bait al-Maqdis pahalanya 500 kali ganda daripada masjid lain)).
Sekali bersolat di Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah pahalanya sama dengan solat di tempat lain (selain Masjid Nabawi dan Bait al-Maqdis ) iaitu bersamaan 55 tahun, 6
bulan dan 22 hari. Solat sehari semalam (5 waktu) pahalanya sama dengan 277 tahun 9 bulan dan 10 hari.
Banyak lagi hadis-hadis yang menyebut tentang kelebihan
Makkah al-Mukarramah, pembaca disarankan agar merujuk kitab ‘ ’ dan lain-lainnya. Untuk
mengetahui berkenaan hadis-hadisyang disebut di atasdari segi taraf hadisdansebagainya, sila rujuk kepada kitab asal iaitu ‘Makkah al-Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah’.


WalLahu A’lam.
Kelebihan-Kelebihan
MAKKAH
AL-MUKARRAMAH
Dipetik daripada buku:
Makkah al-Mukarramah:
Kelebihan dan Sejarah
Oleh:
Abu Anas al-Madani
Abdul Basit bin Abdul Rahman
Suntingan dan atur huruf:
Abu Usamah al-Eidrus

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute