TEMAN

DEMI MASA

Monday, April 19, 2010

Desaru dan Mersing di hujung 2006





Segala pujian hanya milik Allah, solawat dan salam semoga terlimpahkan kepadaNabi Muhammad SAW, kepada keluarganya, dan para sahabat seluruhnya


Manfaat berzikir
1. Menimbulkan kecintaan dan kedekatan kepada Allah SWt., muroqobatullah (merasa selalu dalam pengawasan Allah) dan takut kepadaNya, taubat dan kembali kepadaNya.
2. Menghilangkan kesedihan dan gundah gulana dalam hati, mendatangkan keceriaan, serta membuat hati hidup, kuat dan jernih.
3. Dalam hati ada keperluan dan kekurangan yang tidak terpenuh kecuali dengan zikir, dan ada sifat keras yang tidak dapat dilenturkan dan dilembutkan kecuali dengan zikir kepada Allah SWT.
4. Zikir adalah penyembuh dan ubat hati , makanan dan kelazatannya yang tiada tara sedangkan penyakitnya adalah lalai.
5. Sedikit berzikir adalah tanda kemunafikan dan banyak berzikir adalah tanda kuatnya iman dan kecintaan kepada Allah SWT kerana orang yang mencintai sesuatu akan selalu mengingatinya.
6. Seorang hamba jika mengingati Allah SWT dengan menyebutNYa di saat senang maka Allah mengingatinya disaat susah, terutamanya ketika ajalnya menjelang dan ketika sakratul maut.
7. Zikir merupakan keselamatan dari azab Allah SWT , turunnya ketenangan, datangnya rahmat dan permohonan ampun dari para malaikat.
8. Dengan sibuknya lidah berzikir terlupakan perkataan yang sia-sia, ghibah,namimah(mengadu domba), dusta dan perkara-perkara yang makruh dan haram lainnya.
9. Zikir merupakan ibadah yang paling mudah, paling mulia dan paling utama.Zikir adalah tanaman syurga
10. Zikir meliputi pelakunya dengan kewibawaan, kenikmatan dan keceriaan wajah. Zikir adalah cahaya di dunia, di alam kubur dan di akhirat.
11. Zikir menyebabkan turunnya solawat Alllah SWT dan para malaikat kepada orang yang berzikir dan Alllah SWT T membanggakan orang yang berzikir kepada malaikatNya.
12. Sebaik-baik orang yang beramal adalah yang banyak berzikir kepada Alllah SWT diantara mereka. Maka sebaik-baik orang yang berpuasa adalah orang yang banyak berzikir kepada Allah SWT saat berpuasa.
13. Zikir memudahkan urusan yang sulit, menyenangkan urusan yang sukar, meringankan beban, mendatangkan rezeki serta menguatkan badan.
14. Mengusir syaitan, menundukkan, merendahkan dan menghinakannya.
Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute