Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila
tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan
mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan
Allah untuk kita. Sabda Rasulullah -sallallahu 'alaihi wasallam
-(bermaksud); “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala
amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang
diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan
untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah -radhiyallahu 'anhu-).
Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya
Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya
menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita.
Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang
lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan
Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita
bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?
“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu
“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu
adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisiNya
pahala yang besar” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)
Apa makna anak soleh?
Anak yang soleh bukan sekadar anak yang bersopan-santun dan
Apa makna anak soleh?
Anak yang soleh bukan sekadar anak yang bersopan-santun dan
taat kepada ibu-bapa -sebagaimana anggapan kebanyakan kita-,
akan tetapi anak yang menjaga agama (Islam). Anak yang soleh
ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya
sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya.
Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh
kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu otomatis akan taat
kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana sahaja
ia berada.
Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?
Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan
Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?
Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan
melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah
didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri
untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah
(yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak
yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam
dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.
“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan
“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan
RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang
akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)
1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga
ibadah-ibadah wajib yang lain
3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman).
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman).
Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
a) Selalu membaca al-Quran di rumah
b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah
c) Hidupkan budaya memberi salam
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa

anak-anak kita
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan

bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga
kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga
menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.
No comments:
Post a Comment