gambar asrama smat kuala kubu bahru sekadar hiasan
Salimun Aqidah [Aqidah yang sejahtera]
Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad s.a.w sebagai Nabi
Sentiasa muraqabah Allah dan memperingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir
Menjaga kebersihan hati, bertaubat,istighfar, menjauhi dosa dan syubhat
Sohihul Ibadah [Ibadah yang Benar]
Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya
Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram
Tidak melampau atau berkurang (wasatiah-pertengahan)
Matinul Khuluq [Akhlak yang unggul]
Akhlak kita adalah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai’e iaitu:sensitif,tawadu’,benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk, dll
Qadiran Ala Kasbi [Mampu berdikari]
Walau kaya perlu bekerja
Tidak terlalu mengejar jawatan
Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya
Menjauhi riba dalam semua lapangan
Menyimpan untuk waktu kesempitan
Menjauhi segala bentuk kemewahan
Memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak terjatuh ke tangan bukan Islam
Mutsaqqafal Fikri [Fikiran yang berpengetahuan]
Perlu berpengatahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain
Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama’ yang Thiqah
Pesan Imam Al-Banna: perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan menjadi pakar dalam bidang yang diceburi
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah,kisah salaf serta mempelajari kaedah serta rahsia hukum yang penting
Qawiyyul Jism [Kuat tubuh badan]
Dakwah berat tanggungjawab dan tugas-perlukan badan yang sihat dan kuat
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Mafhum Hadith:Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,tetapi pada keduanya ada kebaikan.
Pesan Al-Banna: memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadahdan tidak memakan atau meminum sesuatu yang boleh merosakkan badan
Mujahadah Ala nafsi [Mampu melawan nafsu]
Perlu azam yang kuat untuk melawan nafsunya dan mengikut kehendak Islam
Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam
Dai’e mungkin akan melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan
Munazzamun fi Syu’unihi [Tersusun dalam urusan/berdisiplin]
Untuk manfaatkan waktu dengan baik,perlu penyusunan dalam segala urusan
Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan Dakwah
Harithun Ala Waqtihi [Menjaga Waktu]
Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula
Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka
Aku adalah makhluk baru..menjadi saksi kepada manusia
Nafi’un Ligharihi [Bermanfaat kepada orang lain]
Dai’e umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain
Dai’e adalah penggerak dakwah dan Islam
Amal Islam untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan
Dai’e merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya bila dapat mengajak seorang manusia kejalan Allah.
No comments:
Post a Comment