1. Ketahuilah, bila kamu tidak hidup dalam batasan hari ini, fikiranmu akan bercerai berai, urusan-urusanmu akan berantakan, kegelisahan dan kesusahanmu semakin banyak. Ini adalah makna dari ungkapan “ Apabila engkau berada di pagi hari, maka janganlah engkau menunggu petang hari dan apabila berada di petang hari, maka janganlah engkau menunggu pagi hari’.
2. Senang memikirkan masa lalu dan gelisah dengan apa yang telah berakhir adalah suatu kebodohan dan kegilaan.
3. Janganlah sibuk dengan masa depan .Sebab,dia masih berada di dalam alam ghaib yang belum kelihatan.Tinggalkanlahmemikirkannya sampai dia datang dengan sendirinya.
4. Janganlah gementar menghadapi kritikan orang lain.Teguhkan hatimu dan ketahuilah bahawa kritikan itu sama dengan ketinggian nilaimu.
5. Beriman kepada Allah dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia .
6. Sesiapa yang ingin ketenangan ,ketenteraman dan kenyamanan,maka dia harus berzikir kepada Allah.
7. Seseorang harus mengetahui bahawa segala sesuatu itu ada qadha dan qadar.
8. Janganlah menunggu ucapan terima kasih dari seseorang.
9. Siapkan dirimu untuk menerima kemungkinan yang terburuk.
10. Mudah-mudahan, apa yang telah didapati itu baik bagimu.
11. Semua ketetapan itu baik bagi orang Muslim.
12. Fikirkanlah semua nikmat yang telah didapati dan bersyukurlah.
13. Apa yang engkau miliki itu lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.
14. Setiap saat itu ada kelapangan.
15. Doa itu muncul dengan adanya cubaan.
16. Musibah itu dapat mengukuhkan pandangan dan hati seseorang.
17. Di sebalik kesusahan itu ada kemudahan.
18. Janganlah hal-hal yang remeh itu mengganggumu.
19. Sesungguhnya,Allah Mahaluas Ampunan-Nya.
20. Janganlah marah,janganlah marah,janganlah marah.
21. Kehidupan itu hanya roti,air dan kemewahan hidup.Maka,janganlah memburu selain itu.
22. Di langit tempat rezeki dan nasibmu.
23. Kebanyakan yang ditakutkan itu tidak berlaku.
24. Pada diri orang-orang yang ditimpa musibah itu ada panutan.
25. Allah,apabila mencintai suatu kaum maka akan mengujinya.
26. Ulang-ulangilah doa menghilang kesusahan.
27. Engkau harus melakukan pekerjaan yang menghasilkan dan mengusir masa kosong.
28. Tinggalkanlah orang-orang yang penakut dan janganlah mempercayai cerita-cerita bohong.
29. Kemarahan dan membalas dendam itu membahayakan kesihatanmu.Yang banyak menimbulkan bahaya adalah permusuhan.
30. Semua bencana yang menimpamu itu adalah penghapus dosa.
Wallahu A’lam
Petikan dari Buku La Tahzan karangan Dr.Aidh Al-Qarni
No comments:
Post a Comment