TEMAN

DEMI MASA

Monday, February 21, 2011

AYAM TURKI, BELANDA DAN ROM

Anta perasan tak apa nama ayam ni dalam Bahasa Arab?”, saya bertanya kepada Yusran, teman serumah.

Hmm, Dik Roomi, kan? Ayam Rom”, jawabnya.

Ok, nama ayam ni dalam Bahasa Inggeris?”, saya meneruskan pertanyaan.

Turkey!”, kata Yusran lagi.

Haha, apa pula namanya dalam Bahasa Melayu?”, saya menyambung lagi soalan.

Ayam Belanda!”, Yusran sudah mula ketawa. Dia mula memahami maksud soalan saya.

Hah, orang Melayu panggil ayam Belanda, orang Arab panggil ayam Rom dan orang Barat panggil ayam Turki. Apa maknanya tu?”, saya cuba menyimpulkan soalan itu tadi.

Yusran tersenyum. Dia memang kurang bercakap. Tetapi senyumannya itu bermaksud yang dia sudah dapat menangkap maksud pertanyaan saya.

Memang benar, ada seekor ayam ini, dinamakan dengan nama musuh. Orang Melayu memerangi orang Belanda. Maka apabila mereka makan ayam ini, agaknya mereka bayangkan yang mereka sedang melapah musuh. Barat pun sama juga. Ketika mereka memotong-motong dada, kepak, dan peha ayam ini, mungkin mereka membayangkan betapa lazatnya kalau Turki itu dapat disembelih seperti ini. Orang Arab di Syam pula membenci kuasa Rom.

Wah, elok satu dunia namakan ayam ini sekarang ayam Amerika. Biar berselera sikit kita memanggangnya!

Ehsan: http://saifulislam.com

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute