TEMAN

DEMI MASA

Saturday, February 19, 2011

TEKA-TEKI ITIK BOSPHORUS

Di sepanjang perjalanan, pelbagai aktiviti yang kami lakukan.

Ok, kita cuba teka teki ini. Ada tiga ekor anak itik menyeberang Selat Bosphorus. Itik yang pertama selepas sampai di tebing Asia, dia kata di belakangnya ada dua ekor itik. Apabila itik kedua tiba, dia memberitahu di belakangnya ada seekor lagi itik. Dan apabila tiba itik ketiga, dia memberitahu, di belakangnya ada dua ekor lagi itik! Mengapa begitu?”, Necmi yang mempengerusikan kuiz gila-gila kami bertanyakan soalan.

“Sebab itik tu berenang dalam bentuk bulatan”, kata Ahmed Vehbi.

“Salah!”, Necmi menjawab.

“Sebab itik tu berenang undur ke belakang”, kata Hasan, salah seorang ahli rumah kami.

“Pun salah!”, Necmi ketawa kecil.

“Hah, Hasrizal Bey, kamu tak mahu cuba jawab?”, Necmi bertanya kepada saya.

“Saya dah dengar teka teki ni. Tapi ia telah diTurkikan dengan Selat Bosphorus. Hehe!’, saya tersenyum.

“Habis, apa jawapannya?”, Necmi bertanya lagi.

“Sebab itik ketiga tu penipu!”, saya menjawab.

Yapma yaaaa! Betul. Jawapan kamu betul!”, kata Necmi.

Saya menerima sebiji pisang sebagai hadiah menjawab teka teki itu dengan betul. Kami ketawa di sepanjang perjalanan.

Mujurlah ombak di selat tenang. Jika tidak, mahu sahaja saya ditimpa mabuk laut.

Selain teka teki, kami juga bernasyid. Ketika kami asyik mengalunkan lagu Allahummarhamna bil Qur’an, beberapa orang rakan saya terdiam.

EHSAN:http://saifulislam.com

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute