Pada hari Isnin pagi, 12 Rabi-ul-Awwal, pada tahun ke 11 hijrah Rasulullah (SAW) wafat.Pada hari Selasa baginda di mandikan bersama dengan pakaiannya oleh Abbas, Ali, Fadl, Qathm (kedua-dua anak Abbas), Shaqran (hamba yang telah dimerdekakan Rasulullah), Osamah bin Zaid dan Aws bin Khauli. Mereka kemudian mengkafani tubuh Rasulullah (SAW) dengan tiga helai kain kapas putih, yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dengan keizinan Aisha (RA) bahawa Rasulullah dikafani dengan tiga helai kain putih Suhuliya Yaman ( kain kapas) , dan tanpa pakaian atau serban.(2.354)
Setelah selesai memandi dan mengkafani Rasulullah (SAW) mereka meletakan jenazah baginda di tempat tidur di rumahnya. Pada saat itu kaum muslimin mempunyai perbezaan pendapat di mana kah jenazah Rasulullah (SAW) harus dikebumikan. Pada masa itu Abu Bakar (RA) berkata: "Aku mendengar Rasulullah (SAW) bersabda( maksudnya):" Tidaklah seorang Nabi itu apabila ia wafat melainkan jenazahnya dikuburkan di mana ia wafat ". Oleh itu, tempat tidur Rasulullah (SAW) diangkat dan kubur digali di tempat itu. Setelah itu, orang-orang mulai masuk ke dalam bilik baginda dan melakukan solat jenazah bergilir-gilir . Di mulakan oleh kaum laki-laki , dan ketika mereka selesai solat, kaum wanita pula masuk, dan setelah mereka menyelesaikan solat , di ikuti pula oleh kanak-kanak Setiap orang solat secara bersendirian dan tidak ada individu yang memimpin solat "(Siratun Nabi Vol 2, P114).
Wallahu A’lam
Sayeedur Rahman
Darul Ifta, Birmingham
No comments:
Post a Comment