Mengapa kita membaca Al-Quran,Walaupun kita tidak mengerti makna
satu patah perkataan Arab pun?
Ini adalah cerita yang indah......
Seorang tua Muslim Amerika tinggal di sebuah perkebunan di suatu pergunungan timur Kentucky dengan cucu lelakinya yang masih muda. Setiap pagi si datuk bangun lebih awal duduk di meja dapur membaca Al-Qurannya. Si cucu ingin menjadi seperti datuknya dan cuba untuk menirunya dalam apa cara sekalipun semampunya.
Suatu hari si cucu bertanya, "Datuk saya cuba! Untuk membaca Quran seperti datuk tetapi saya tidak memahaminya, dan apa yang aku fahami aku lupakan secepat aku menutup buku. Jadi apakah kebaikan membaca Al-Quran ? "
Dengan tenang si datuk sambil meletakkan arangbatu di tungku pemanas,lalu berkata, "Bawa bakul arangbatu ini ke sungai dan bawa kemari lagi penuhi dengan air."
Anak itu melakukan seperti yang di suruh datuknya, tetapi semua air bocor keluar sebelum ia sampai ke rumah. Si datuk tertawa dan berkata, "Kamu harus bergerak lebih pantas lagi," Maka ia menyuruh cucunya kembali ke sungai untuk mencuba lagi. Kali ini anak itu berlari lebih cepat, tapi sekali lagi bakulnya kosong sebelum ia sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, dia mengatakan kepada datuknya bahwa mustahil membawa air dari sungai dengan bakul itu, dan ia pergi untuk mengambil baldi sebagai gantinya.
Orang tua itu berkata, " Atuk tidak ingin sebaldi air, Atuk ingin sebakul air cuma kamu tidak berusaha cukup keras,." kemudian dia pergi ke luar pintu untuk menyaksikan cucunya mencuba lagi.
Pada saat ini, anak itu tahu bahawa hal itu mustahil, tetapi dia ingin menunjukkan kepada datuknya bahawa meskipun dia berlari secepat mungkin, air tetap akan bocor keluar sebelum ia sampai ke rumah. Anak itu kembali mencelupkan bakul nya ke sungai dan berlari sekuat tenaga, tetapi ketika ia sampai didepan datuknya bakul sudah kosong lagi. Termengah-mengah, ia berkata, "Lihat Tuk, ini tidak berguna!"
"Jadi kamu fikir ia tidak berguna?" Orang tua itu berkata, "Lihatlah bakul ini."
Anak itu melihat ke dalam bakul nya dan untuk pertama kalinya menyedari bahawa bakul itu sekarang berbeza. Itu telah berubah dari bakul arangbatu yang lusuh dan kotor kini bersih, luar dan dalam.
"Cucu, itulah yang terjadi ketika kamu membaca Al-Quran, anda tidak boleh memahami atau ingat segalanya, tetapi ketika kamu membacanya, kamu akan berubah, zahir dan bathin. Itu adalah kurnia Allah di dalam kehidupan kita.
Terjemahan lebihkurang daripada:http://trueislamicstories.blogspot.com
No comments:
Post a Comment