TEMAN

DEMI MASA

Monday, February 28, 2011

Mengapa tuanku membelanjakan se jumlah besar wang yang tidak sepatutnya?

USAH UBAH DUNIA

Suatu ketika, ada seorang raja yang memerintah sebuah negara makmur. Suatu hari, baginda pergi untuk melawat ke serata pelusuk wilayah negaranya. Ketika baginda kembali ke istana, baginda mengeluh bahawa kakinya sangat sakit, akibat inilah kali pertama baginda pergi untuk suatu perjalanan panjang, dan jalan yang di lalui sangat kasar dan berbatu.

Kemudian baginda merintahkan rakyatnya untuk menutup semua jalan di seluruh negara dengan kulit. Tentu, ini akan memerlukan ribuan kulit lembu, dan akan memerlukan jumlah wang besar.

Kemudian salah seorang hamba yang bijaksana memberanikan dirinya untuk memberitahu raja, "Mengapa tuanku membelanjakan se jumlah besar wang yang tidak sepatutnya? Mengapa tuanku tidak memotong , sekeping kecil kulit untuk menutupi kaki tuanku? "

Raja terkejut, tapi kemudian bersetuju dengan cadangan hambanya, untuk membuat sepasang "kasut" untuk diri baginda.

gambar hiasan

Sebenarnya ada pelajaran berharga dari kehidupan dalam kisah ini: Untuk membuat dunia ini yang bahagia sebagai tempat tinggal,lebih baik anda mengubah diri dan hati anda sendiri dan bukannya dunia.

PENGEMBARA DAN POHON RENDANG

gambar hiasan

Dua orang pengemabara berjalan bersama di satu musim panas. Bila keadaan menjadi terlalu panas untuk berjalan lebih jauh, lalu terlihat oleh mereka pohon besar dan rendang, mereka terus tidak berlengah lagi duduk di situ untuk berehat dan berteduh.

Sambil memerhati keatas ke salah satu dahan pohon tersebut lalu salah seorang dari mereka berkata kepada yang sahabatnya:
"Tak gunanya pohon ini?.
Tidak memiliki buah atau
kacang yang boleh kita makan dan bahkan kayu nya juga tidak boleh di gunakan untuk apa sekali pun. "

"Jangan jadi orang tidak tahu berterima kasih," berdesir pohon mejawab. "Saya menjadi sangat berguna bagi anda saat ini , melindungi anda dari terik matahari. Dan anda mengatakan saya tidak ada kebaikan langsung! "

Semua ciptaan Allah mempunyai tujuan yang baik.
Islam mengajar kita bahawa kita tidak boleh meremehkan rahmat Allah.

BELAJAR DARI KESALAHAN

Thomas Edison mencuba dua ribu bahan yang berbeza untuk mencari filamen mentol lampu. Ketika tidak ada yang memuaskan, pembantunya mengeluh, "Semua pekerjaan kita adalah sia-sia. Kita tidak mempelajari apa-apa. "

Edison menjawab dengan yakin, "Oh, kita telah pergi sejauh ini dan kita telah banyak belajar. Kita sekarang mengetahui bahawa ada dua ribu elemen yang kita tidak boleh gunakan untuk membuat mentol lampu yang baik. "

Terjemah dhoif dari: 100 Moral Stories / www.islamicoccasions.com

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute