TEMAN

DEMI MASA

Friday, April 15, 2011

HERO CILIK : BUDAK LELAKI, 6, JADIKAN BADAN SEBAGAI PERISAI UNTUK MELINDUNGI ADIKNYA DARIPADA SERANGAN ANJING.

Hero cilik: Budak lelaki, 6, dengan menggunakan badannya sebagai perisai untuk melindungi adiknya daripada serangan anjing.

Ketika anjing yang marah melancarkan serangan ganas ke atas Timo dan Carlos Perez, hanya ada satu hal dalam fikiran Timo - untuk melindungi adiknya dari serangan itu.

Anjing German_Shepherd_ campuran itu telah terlepas dari lot perniagaan berhampiran dan masuk ke halaman belakang kanak-kanak lelaki di Homestead, Florida Selatan, ketika sedang bermain dengan rakan-rakan jiran.

Ketika anjing memulakan serangannya tanpa provokasi itu , Timo enam tahun itu tidak takut atau bimbang tentang keselamatan diri sendiri. Dia hanya tahu segalanya bergantung pada dirinya untuk melindungi adiknya, empat tahun dan rakan mereka, juga empat tahun.

Timo Perez

Keberanian tanpa mementingan diri : Timo Perez menunjukkan bagaimana dia menggunakan badannya untuk melindungi adiknya Carlos, empat, dan seorang teman dari serangan anjing ganas. Kedua-dua kanak-kanak yang lebih muda itu bersembunyi di bawah lori ketika serangan .

Kedua kanak-kanak lelaki itu bersembunyi di bawah lori di halaman sementara anjing itu membenamkan giginya ke dalam bahu, lengan dan kepala Timo.

Menggunakan tubuhnya sebagai penghalang antara anjing dan kedua kanak-kanak itu, Tiimo berbaring di samping lori dan enggan untuk bergerak sekalipun serangan ganas itu berlanjutan – dan kedua kanak-kanak itu berselindung dalam ketakutan di belakangnya. Akhirnya anjing menghentikan serangannya dan melarikan diri.

Timo Perez

Kasih saudara: Carlos menunjukkan penghargaannya
ketika wawancara WSVN-TV bersama Timo

Timo Perez

Timo yang berlumuran darah namun berani selepas serangan anjing. Selepas itu barulah Timo mencari bantuan, dan dikejarkan ke Hospital Kanak-kanak Miami, di mana dia menerima jahitan di bahu, kulit kepala dan lengan. Dia dijangka akan pulih sepenuhnya

Berita tentang keberanian tanpa memementingkan diri Timo tersebar pantas, di jiranan dan di luar, dan sekarang dia bagaikan selebriti kecil.

Diwawancara oleh berita WSVN-TV, anak itu tampak bingung dengan semua perhatian - dan dengan selamba menganggapnya sebagai perkara biasa ketika ditanya apakah ia sekarang takutkan anjing akibat serangan itu. Katanya:: Tidak, kalau seekor sahaja.'.

Dog

Tewas; Anjing German shepherd campuran, yang menyerang anak-anak, di bunuh setelah ditangkap oleh pihak polis

Dog

Terlepas : Homestead polis mengatakan anjing mencakar jalan di bawah pagar di mana itu di kurung. Pemilik telah di saman

Menurut Polis Homestead , anjing itu berjaya mencakar lubang di bawah pagar dan meloloskan diri dari lot perniagaan di Northwest Ninth Avenue pada Khamis malam. Tidak jelas apakah anjing telah dilatih sebagai anjing penjaga. Seorang juru cakap polis mengatakan pemilik anjing telah di saman, dan anjing tersebut telah di bunuh.

Sumber: http://www.dailymail.co.uk/n

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute