TEMAN

DEMI MASA

Sunday, April 10, 2011

UNTUK DILELONG : KAPAL ANGKASA RUSIA YANG MEMBAWA ANJING KEORBIT 50 TAHUN LALU.

Dijangka dapat menghasilkan $ 10 juta pada lelongan minggu depan

Kapal angkasa yang meluncur ke orbit pada tahun 1961 bersama anjing dan mempersiapkan laluan bagi manusia pertama untuk pengembaraan ke angkasa lepas.... kini untuk dijual.

Tujuh kaki lebar bulat Vostok 3KA-2 digunakan sebagai ujian terakhir di jalankan sebelum membawa angkasawan Rusia Yuri Gagarin ke orbit.

Anjing yang dipanggil Zvezdochka dan anjing bersaiz patung 'mannequin' - digelar Ivan Ivanovich - telah dibawa ke angkasa ketika ujian dijalankan. Keduanya ditolak-keluar dari kapal dengan menggunakan payung terjun dan di selamatkan

space

Bola karat : Vostok 3KA-2 sedang dipamerkan di Sotheby's di New York. Bahagian bawah kapal jelas hangus disebabkan haba panas ketika turun ke bumi

space

Jurugambar berita menyambut Chernushka dan Zvezdochka (kanan) Zvezdochka berbulu putih, keduanya selamat dalam ujian yang dijalankan di ruang angkasa

Hal ini membuktikan bahawa kehidupan dapat bertahan dalam proses itu dan mencetuskan misi memecahkan rekod oleh Gagarin hanya tiga minggu kemudian.

Kapsul hangus milik seorang pengumpul di AS dan akan menjualnya bulan depan di New York untuk potensi $ 10m (£ 6m).

Gagarin turun dengan payung terjun sekembalinya dari tempoh pendek di orbit, tapi butir-butir ini tidak diketahui selama bertahun-tahun kerana warga Russia itu merahsiakannya.

space

Berani : Yuri Gagarin, angkasawan pertama dunia, memulakan misi tiga minggu selepas Vostok 3KA-2 dilancarkan.

Modul dilapisi dengan bahan yang direka untuk terbakar ketika kemasukan-semula dan separuh bahagian bawah pesawat jelas hangus oleh haba. Bahagian dalam kapsul asalnya mengandungi hampir 1800 lb instrumen, yang terdiri dari 6.000 transistor, 56 motor elektrik, dan 800 relay dan suis.

Namun pada tahun 1967, bahagian dalam Vostok 3KA-2 dileraikan sebagai langkah keselamatan. Kapal angkasa itu kemudiannya diletakkan pada pameran di Institut Latihan Kuybyshev di Rusia tapi kembali disimpan menjadi satu 'klasifikasi rahsia' sehingga tahun 1986.

Kerusi yang di sandar oleh Ivan Ivanovich selamat bersama kapsul sebagaimana juga berlaku pada dua serpihan besar daripada kapsul payung terjun.

Pelelong Sothebys, yang menjualnya, ingin itu menyimpannya di sebuah muzium bagi tontonan orang ramai , tetapi ada individu dijangka akan membuat tawaran. David Redden, Timbalan Ketua Sothebys, berkata: " Semasa tahun 1990-an Russia mula melepaskan sebahagian daripada program angkasa mereka. "Selain bertujuan untuk mengumpul wang ia juga untuk menunjukkan kepada seluruh dunia bukti program Rusia dan pencapaian mereka.

'The 3KA Vostok-2 digunakan sebelum Yuri Gagarin meneruskan misi bersejarah dan di dalam pesawat itu adalah anjing bersaiz patung 'mannequin'.'Kedua-duanya menggunakan payung terjun ketika turun daripada kapal dan mendarat dengan selamat. Walaupun kapsul mempunyai payung terjun sendiri , kapsul turun dengan laju. "Jadi anjing dan manequin secara automatik dikeluarkan dan keduanya pulih dan membuktikan bahawa seorang manusia boleh kembali dalam keadaan hidup dari angkasa.

"Ia diperbuat daripada paduan aluminium dan dilapis dengan bahan direka untuk terbakar apabila ia pulang. 'Anda dapat melihat bahawa ia separuh hangus teruk dan tanpa perlindungan ia akan kembali ke bumi sebagai sebuah bola merah menyala. "Di dalamnya tidak ada banyak ruang untuk seorang lelaki dalam pakaian besar dan juga semua peralatan itu, tapi terbukti telah direka cukup baik untuk tujuan seperti mana yang di hajati."

sapce

Gambar menunjukkan Kapsul The Vostok 1 dan pakaian angkasawan yang dipakai oleh Yuri Gagarin

di Muzium Angkasa di Moscow

space

Sempit dan padat: di dalam ini dilengkapi dengan 6.000 transistor, 56 motor elektrik, dan 800 relay dan suis.

Lima kapsul jenis Vostok dilancarkan pada tahun 1960 dan 1961 dan dua telah musnah.

Satu lagi membawa anjing-anjing Belka dan Strelka dan menunjukkan bahawa makhluk boleh kembali dengan selamat ke bumi dari orbit.

Pada tahun 1961, Sergei Pavlovich Korolev, yang bertanggung jawab atas program angkasa Rusia, memfokuskan perhatiannya pada menyesuaikan model Vostok untuk membawa penumpang manusia. Bahkan setelah kejayaan ujian ke atas rekabentuk baru pada tarikh 9 Mac 1961, Korolev bertegas ka atas 'raptai pakaian' terakhir sebelum meletakkan nyawa angkasawan dalam bahaya.

Jualan ini pada 12 April , 50 tahun selepas misi terkenal Gagarin ketika ia menjadi manusia pertama terbang ke angkasa lepas.

Ketika ini kapal angkasa itu berada di pihak persendirian.

sumber: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1374832/Cosmos-cash-Russian-spaceship-took-dog-space-50-years-ago-goes-sale.html

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute