Dia pasti tertanya-tanya samada ia akan ditemui akhirnya. Namun, petani Kunio Shiga ditemui hidup dan sihat - dan duduk di celah-celah runtuhan rumahnya - lebih daripada empat minggu selepas gempa bumi dan tsunami menghancurkan Jepun.
Berusia 75-tahun itu dijumpai dengan hanya radio bertenaga bateri sebagai teman, bersendiri di rumah kecil ladangnya yang dikelilingi oleh pohon-pohon tumbang, bangkai khinzir dan runtuhan dari tsunami pada tarikh 11 Mac.
Seakan tuah menyebelahi orang tua yang lemah itu kerana ditemui tepat pada masanya.- ia telah hampir kehabisan makanan dan telah lama kehilangan kuasa letrik dan sumber air .
Masih hidup dan bersendirian: Kunio Shiga 'berposing' untuk foto di rumahnya 20km dalam zon evakuasi di sekitar kilang nuklear Fukushima.
Encik Shiga mendedahkan ia tidak tahu di mana isterinya dan tetangganya melarikan diri dari bandar kelahirannya Minami Soma, yang berada dalam radius 12 batu dari Logi tenaga nuklear Fukushima - yang ketirisan radiasi.
Walaupun kerajaan memerintahkan pengosongan daerah, Encik Shiga mengatakan dia tidak boleh pergi kerana ia kesulitan untuk berjalan.
Dia mengatakan kepada wartawan, mereka adalah orang-orang pertama yang bercakap dengannya sejak gempa 11 Mac dan mendedahkan, dia telah menghabiskan hari-harinya duduk di rumah gelap dan mendengar radio bertenaga bateri, menunggu pasukan penyelamat untuk menemuinya - tetapi mereka tidak pernah datang.
Bertahan : Petani 75 tahun yang menghabiskan hari-harinya duduk di rumah gelap dan mendengar radio bertenaga bateri selepas kehabisan elektrik dan sumber air selepas tsunami
Dia berkata: "Tsunami datang tepat ke depan pintu saya. Saya tidak tahu apa yang telah terjadi pada isteri saya. Dulu dia ada di sini, tapi sekarang tiada lagi . "
Polis diberitahu mengenai situasi Mr Shiga dan ia dibawa ke tempat perlindungan. Tapi sebelum dia pergi dengan berat hati untuk meninggalkan rumahnya, menambah: " Saya sudah tua. Saya tidak tahu apakah saya boleh tinggal sini. Siapa yang akan menjaga saya? "
Kerajaan Jepun sekarang telah mengesahkan bahawa lebih dari 27.000 meninggal atau hilang selepas gempa berkekuatan 9,0 menyebabkan tsunami besar yang melanda pantai timur laut Jepun.
No comments:
Post a Comment