Bulan memasukki *penumbra: 2011 Jun 16 01:22:52
Tempoh Fasa penumbral: 5h 39m 10s
*Pénumbra : kawasan yg sebahagiannya gelap di sekeliling bayangbayang sesuatu objek legap;
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)
ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi :-
2 rakaat,
4 al-Fatihah,
4 rukuk,
4 sujud.
Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya bangun untuk rakaat kedua.
Rakaat kedua
1. Qiyam .
2. Baca Al-Fatihah dan surah.
3. Rukuk.
4. I’tidal,
5. Baca Al-Fatihah dan surah.
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud
9. Tahiyyat Akhir
10. Salam
No comments:
Post a Comment