TEMAN

DEMI MASA

Monday, June 13, 2011

DIMENSI SABAR DALAM MENTAATI ALLAH.


Menurut Imam Al- Ghazali, sabar dalam mentaati Allah itu terbahagi kepada tiga ; yakni sabar ketika hendak memulakannya, semasa mengerjakannya dan selepas mengerjakan



Sabar sebelum memulakan ketaatan ialah kita mampu menahan daripada godaan niat-niat yang lain kecuali demi mendapatkan keredhaan Allah. Jangan sekali-sekali mengharap pujian, pengiktirafan dan perhargaan daripada manusia. Dengan kesabaran, kita mampu menghakis sifat riyak atau syirik kecil sebelum melakukan suatu ibadah.

Sabar semasa melakukan ketaatan adalah dengan menahan diri daripada segala kesusahan yang terjadi semasa kita melakukannya. Umpamanya apabila menutup aurat, tentulah ada sedikit rasa panas, tidak selesa (buat pertama kalinya) disindir orang dan sebagainya.Namun kita terus istiqamah untuk melakukannya walau betapa sukar sekalipun fizikal, emosi dan hati kita menanggungnya.


Manakala sabar selepas melakukan ibadah pula adalah dengan menahan diri daripada bersifat riyak (menunjuk-nunjuk) suma'ah (suka mendengar pujian) dan ujub (berasa hairan dengan kemampuan diri). Menurut Imam Ghazali, sabar di peringkat inilah yang paling sukar. Ini adalah godaan yang menimpa hati. Jika tauhid tidak dihayati, maka dengan mudah sahaja syaitan menipu lalu terhapuslah segala kebaikan yang dibina.

Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasululullah SAW telah menjelaskan bagaiamana orang kaya yang dermawan, orang yang membaca al-Quran dan orang yang mati syahid telah ditolak amalannya kerana tidak ikhlas.

Sumber: Majalah Solusi

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute