![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6V7zeSXTY83Y9dNYQjo1KQgeorElm6HRnrCM_fqMY4q9EXBo9q0rMsfkWesBQvjkI2w0uUR_gD5waZ-2LtG8WKuCrMjV2R3EHU8op7yx1OuoUyYTlf6YOoXbD5hrG0zOZ-9U5SaKATsfp/s1600/doa-mustajab-slide.png)
Abu Zuhair bin Numairi menceritakan, pada suatu malam beliau dan para sahabat keluar berjalan bersama Rasulullah SAW. Mereka bertemu dengan seorang lelaki yang bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah. Baginda berhenti untuk mendengar doa lelaki tersebut. Kemudian baginda bersabda yang bermaksud: “Sekiranya beliau menutup, pasti doanya akan diterima.”
Seorang sahabat lalu bertanya, “Dengan apa perlu ditutup doa?’’
Sabda Baginda SAW yang bermaksud:
“Dengan amin .Sekiranya ia menutup doanya dengan perkataaan ‘amin’, pasti doanya akan diterima,”*
*Riwayat Abu Daud
Petikan dari buku 101 doa daripada hadis-hadis sahih.
No comments:
Post a Comment