TEMAN

DEMI MASA

Wednesday, October 05, 2011

SOLAT BOLEH MENJADI PENYEBAB PENGAMPUNAN DOSA.


Abu Umamah meriwayatkan, seorang lelaki telah datang berjumpa Nabi SAW lalu meminta Baginda menjatuhkan hukuman ke atas dosa yang telah dilakukan sebanyak 3 kali. Akhirnya Nabi Bersabda yang maksudnya: "Bukankah kamu telah menyempurnakan wudukmu kemudian bersolat jemaah bersama kami? SesungguhnyaAllah telah mengampunkan dosamu."

Hadis ini menunjukkan, keampunan boleh berlaku dengan 2 cara iaitu berwuduk dan solat. Kelebihan berwuduk ialah menggugurkan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk. Justeru, selepas berwuduk seseorang itu lebih hampir kepada Allah.Seterusnya wuduk itu pula diikuti dengan ibadah yang besar dalam Islam iaitus olat.

Solat mengandungi pelbagai unsur doa, kerana solat, sedang bermunajat dengan Tuhannya. dia membuat pengiktirafan besar dalam bacaan Fatihah.

1:5
Maksud : Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Setelah berwuduk dan mengerjakan solat, seseorang itu berada dalam keadaan amat hampir kepada Allah. Justeru, itulah waktu terbaik untuk memohon kepada Allah.

Petikan dari buku 101 doa : Hadis-hadis sahih oleh Ustaz Dr. Zahazan Mohamed

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute