وَلَكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ

Maksudnya: “Akan tetapi ia ( Muhammad) adalah utusan Allah dan penyudah sekelian Nabi.” ( Al-Ahzab :40)

Kita wajib mentaati Rasullullah dan tidak menyalahi perintahnya, kerana mentaati Rasullulah SAW bererti mentaati Allah, seperti firmanNya:

وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلاَّ لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللّهِ

Maksudnya: “ Dan Kami tidak utuskan mana-mana Rasul melainkan supaya ditaati dengan keizinan daripada Allah.” ( An-Nisa’:64)

مَّنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللّهَ

MaksudNya: “ Siapa yang ta’at kepada Rasul bererti ia taat kepada Allah.”(An-Nisa’:80)

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ

Maksudnya:”Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu kasih kepada Allah hendaklah kamu mengikuti aku nescaya Allah akan kasih kepada kamu.” (Ali-Imran:31)

Oleh itu sebagai seorang Muslim kita wajib mencintai Rasullullah SAW, seperti sabda nya:

(لا يوءمن أحدكم حتى اكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين (متف عليه

Maksudnya: “Tidak beriman seorang kamu hingga ia kasih kepadaku lebih daripada bapanya, anaknya dan sekelian manusia.”

Mencintai Nabi SAW bererti kita hendaklah taat dan mengikuti ajarannya. Mencintainya juga bererti kita menghidupkan Sunnahnya dan mematuhi Sunnah itu sepenuhnya, dan menghindarkan diri dari sebarang perkataan dan perbuatan yang melanggar Sunnahnya. Benarkah dengan menyambut maulid ini menunjukkan benar-benar kecintaan kita kepada Rasullullah SAW? Tidakkah pernah kita terfikir dari manakah asalnya? Apakah ianya pernah dilakukan oleh para sahabat Rasullullah SAW, golongan tabi’en dan attabi’en generasi 300 tahun Hijrah pertama yang disabdakan Rasullullah SAW sebagai sebaik-baik manusia yang patut kita contohi ?

Untuk mendapatkan penjelasan yang ilmiah sila baca di sini dan di sini.