Oops! Apakah itu Eddie Si Helang ? Helang Botak mungkin kelihatan seperti jatuh dari langit - tetapi ia sebenarnya melakukan aksi terbang yang memukau, terbang terbalik di udara.
Makhluk berbakat menunjukkan kemampuan akrobatik yang menakjubkan disaat ia melayang di ketinggian 200 kaki. Pertunjukan luar biasa itu dirakam oleh kamera Pam Mullins
berhampiran rumahnya di Prince Rupert, British Columbia, Kanada.
Kehebatan sejenak : Helang botak ini kelihatan terbang
terbalik ketika melakukan 'pertunjukan' di udara.
Pengurus pengeluaran berumur 49 tahun mengatakan bahawa dia telah menghabiskan masa bertahun-tahun cuba untuk merakam foto, aksi akrobatik luar biasa itu dan bergembira
dengan 'snap' nya . Dia menambah: " Foto yang seperti anda lihat terjadi dalam se detik, itu bukanlah suatu kebetulan tetapi suatu gerakrancang(manuver) akrobatik digunakan oleh helang untuk alasan-alasan yang berbeza.
'Kadang-kadang digunakan ketika burung itu ternampak ikan atau makanan yang lain - ia akan melakukan aksi ini di udara , berpusing dan menyelam menggunakan hidung ke arah itu.
'Alasan lain adalah sebuah ritual 'perkahwinan': Setiap tahun helang melakukan satu tarian 'dating' di mana mereka mengepit cakarnya dan jatuh bebas ke bumi.
Pertunjukan luar biasa yang dirakam oleh kamera Pam Mullins
berhampiran rumahnya di Prince Rupert, British Columbia, Kanada.
Mereka juga melakukan ini sebagai gerak rancang pertahanan: Jika mereka sedang diserang mereka akan terbalik dan ini membolehkan mereka untuk menggunakan cakar mereka keatas penyerang mereka.
"Sangat sukar untuk merakam gambar kerana ia terjadi begitu cepat".
"Ini adalah pemandangan menakjubkan untuk dilihat dan saya gembira, saya dapat merakam foto ini setelah bertahun-tahun mencuba.". Helang Botak adalah penerbang yang sangat kuat dan menggunakan aliran udara panas untuk terbang di udara. Spesies yang boleh mencapai kelajuan sehingga 43 batu sejam ketika meluncur dan hingga 99 batu sejam ketika menjunam terjun.
Terjemahan ikutsuka daripada sumber: DAILY MAIL REPORTER
No comments:
Post a Comment