TEMAN

DEMI MASA

Sunday, April 24, 2011

JAUHKAN DOKTOR DARIPADA DIRI ANDA DENGAN SEBIJI EPAL SEHARI ... Juga mencegah ASMA dan SEDU!


KEJANG
(CRAMP)
Salah satu kemungkinan pencetus untuk kekejangan adalah kurangnya kalsium, kalium magnesium, dan vitamin B dan C, semua di dapati dalam epal.

Tindakan : Campur *cuka-sari.(cider vinegar) sebanyak 2 sudu teh dalam segelas air, tiga kali sehari. Atau campuran 2 sudu besar dalam secawan air suam, celupkan secebis kain Flannel dalam campuran ini, lalu dlekapkan kain flanel tadi di atas otot yang sakit dan tutup dengan tuala tebal.

LELAH
(ASTHMA)
Tanda-tanda asma – bunyi nafas seperti siulan, batuk dan sesak dada - adalah disebabkan oleh keradangan dan sensitiviti-amat pada saluran udara. Kemungkinan dicetuskan termasuklah udara dingin, sukan, makanan tertentu, jangkitan, cuaca dan alahan.

Tindakan: Kandungan antioksidan sebiji epal adalah terkandung terutamanya di kulit, oleh itu makanlah sebiji epal tanpa dikupas sekali sehari.

SENGATAN
(STING)

Menggunakan *cuka sari dapat menenangkan sengatan tebuan. Asid cuka menukar toksid di dalam racun tertentu untuk mengurangkan sebatian toksid. Menyiram dengan cuka juga merupakan ubat tradisional yang berkesan untuk kebanyakan sengatan ubur-ubur yang mengnyah-akftikan sel–sel racun.

Tindakan: Guna *sari cuka untuk sengatan tebuan atau ubur-ubur, dengan menggunakan kapas.

TEKANAN DARAH TINGGI
(HIGH BLOOD PRESSURE)

Awal kajian menunjukkan cuka dapat menurunkan tekanan darah - ini termasuk satu oleh penyelidik Jepun yang mendapati tikus yang di beri cuka berjaya menurun tekanan darahnya.
Para saintis menyarankan asid asetik dalam cuka mengurangkan pengeluaran
hormon Angiontensin 11, yang membantu untuk menyempitkan pembuluh darah.

Cuka dikatakan dapat menurunkan berat badan, dan menurunkan tekanan darah.Dikatakan dapat melambatkan kenaikan gula darah setelah makan, yang boleh menyebabkan penurunan cepat dalam gula dan rasa lapar seterusnya.

Epal juga boleh membantu menurunkan kolesterol. Pengajian minggu lalu - dari AS – mendapati wanita yang makan epal kering 75g (bersamaan dengan empat biji epal) setiap hari selama enam bulan menunjukkan paras sumbatan-salurnadi kolesterol LDL, jatuh satu perempat.
Tindakan : Tambah sedikit *sari cuka untuk makanan anda.

PENYAKIT GUSI
(GUM)

Epal mengandungi sebatian yang disebut Tannin dimana kajian menunjukkan, ianya dapat membantu mencegah penyakit periodontal (gusi) . Dengan mengunyah epal rangup secara berulang kali boleh meningkatkan kesihatan gusi, dimana gerakan rahang berulangkali meningkatkan peredaran darah ke gusi.
Tindakan: Makan sebiji epal sehari.

CERET-BERET
(DIARRHOEA)
Epal mengandungi lebih pektin (serat yang ditemui dalam buah) berbanding dengan buah yang lain. Pektin dileraikan dalam usus oleh bakteria ‘baik’, membentuk lapisan pelindung untuk lapisan perut, yang melegakan dan mencegah keradangan daripada meradang usus.
Tindakbalas ini juga mengeluarkan sebatian pra-biotik, yang meningkatkan jumlah bakteria usus 'baik' (dapat mengatasi pepijat yang mula-mula menyebabkan ceret -beret).
Tindakan: Jika anda mengalami ceret-beret, cuba makan epal setiap beberapa jam. Mula-mula masak epal untuk melembutkan selulos, mungkin ianya berguna untuk memperlahankan gerakan usus.

SEDU(
HICCUPS)

Sedu? Minumlah*sari cuka
*Sari cuka adalah ubat tradisional untuk sedu, yang boleh terjadi disebabkan oleh makan terlalu banyak, asid perut yang rendah melambatkan pencernaan protein, atau lemak, makanan manis melambatkan perut kosong dan menggalakkan fermentasi (berbuih sebab disimpan lama).
*Sari cuka dapat mengembalikan keseimbangan asid perut dan melegakan kekejangan diafragma yang menyakitkan.
Tindakan: Untuk mengatasi sedu, hirup perlahan-lahan segelas air yang telah dicampur 1sudu teh *sari cuka .

OSTEOPOROSIS
Keadaan ini, di mana kepadatan tulang berkurang, penuaan, menopause, terlalu banyak atau terlalu sedikit bersukan dan kekurangan nutrisi mesra-tulang seperti kalsium. Namun, kajian semakin menunjukkan keradangan dalam tubuh juga merupakan penyebab yang berpotensi, dan nutrisi yang disebut Flavonoid dan sebatian lain yang ditemui dalam epal boleh mengurangkan ini.

Hasilan hormon dan mineral yang disebut Boron , ditemui pada epal, juga dapat mengembalikan kadar Estrogen . Estrogen yang rendah adalah penyebab biasa osteoporosis. Sementara itu, pektin meningkatkan keasidan perut yang seterusnya meningkatkan penyerapan kalsium.
Tindakan: Tambah epal untuk diet anda dari usia muda.

ALAHAN RHINITIS
(Hay fever)

Alahan(Alergi)Rhinitis merupakan kumpulan simptom, terutama di hidung dan mata, yang terjadi apabila anda menyedut sesuatu yang anda alah, seperti debu, bulu, atau serbuk sari.

Epal kaya degan quercetin, suatu flavanoid yang mengandungi antihistamin dan tindakan anti-inflamasi. Terutama didapati pada kulitnya, dan epal merah mengandungi lebih banyak daripada epal yang hijau.
Tindakan: Makan sebiji epal sehari.

HAID YANG BERAT (HEAVY PERIODS)

Epal mengandungi sejumlah kecil Genistein, suatu hasilan estrogen yang berkait dengan penerima estrogen dalam sel-sel tubuh dan dapat mengimbangi tahap estrogen.
Ini dapat mencegah masalah yang berkait dengan terlau banyak estrogen, seperti haid yang berat dan menyakitkan.

Tindakan : Minum 2 sudu teh *sari cuka dalam segelas air dua hingga tiga kali sehari, atau menambah *sari cuka dalam makanan anda.


Dipetik daripada The Miracle Of Cider Vinegar, oleh Dr Penny Stanway (Watkins Publishing, £ 6,99). © Dr Penny Stanway 2011.

*NOTA: YANG HALAL SAHAJA.

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute