TEMAN

DEMI MASA

Friday, May 27, 2011

PERIHAL HUTANG

Debt Cartoon

The evil side of loans is that a borrower takes on debt. Debt, if not carefully managed, can ruin your life.

Segelintir umat Islam pada hari ini tidak mengambil berat mengenai pembayaran balik hutang. Justeru kita melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang. Hutang-hutang pengajian, rumah, kereta, hutang syarikat atau hutang peribadi. Tidak membayar sewa dianggap remeh dan tidak penting bagi mereka. Malah ada juga yang lebih rela digelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun.

Marilah sama-sama kita merenung Sabda nabi s.a.w. yang diriwayatkan oIeh Bukhari;

Maksudnya: "Melewat-lewatkan orang berkemampuan daripada menunaikan hak adalah zalim".

Rasulullah s.a.w. juga pernah menggambarkan mengenai golongan manusia yang sengaja tidak mahu membayar hutang. Sabda nabi s.a.w. Riwayat Bukhari:

Maksudnya: "Barangsiapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan niat ingin membayarnya kembali, Allah akan menolongnya dalam membayar kembali, namun barangsiapa yang mengambilnya dengan niat untuk menghilangkannya, maka Allah akan menolong menghilangkannya".

Ingatkah kita dengan kisah bagaimana Rasulullah menolak untuk menyembahyangkan jenazah yang tidak melangsaikan hutangnya?. Walaupun setengah ulama' menganggap keengganan Rasulullah ini berlaku pada Awal permulaan Islam, namun ia tetap membuktikan perhatian dan penekanan Islam terhadap isu hutang. Bukan itu sahaja golongan yang mati syahid pun, yang sanggup mengorbankan harta dan jiwa mereka untuk Islam turut tidak terlepas daripada kewajipan ini jika masih mempunyai hutang.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang diriwayatkan oIeh Imam Bukhari:

Maksudnya : "Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang".

Oleh itu, marilah kita menyedari tentang pentingnya untuk setiap orang membayar hutang masing-masing, baik kepada negara, individu dan lain-lainnya demi menjaga kepentingan masyarakat, agama dan negara.

Maksudnya: "Bukan demikian, sebenarnya sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertakwa". (Ali ‘Imran: 76)

Petikan khutbah Jumaat dari Negara Antah Berantah.

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute