TEMAN

DEMI MASA

Tuesday, June 21, 2011

HASAD, GHIBTAH DAN MUNAFASAH SAMA TAPI TAK SERUPA


Hasad, Ghibtah dan Munafasah. Ketiga-tiga kalimah ini sama tetapi tidak serupa.

Mereka mempunyai makna tersendiri walaupun agak mirip.

Allah ta’ala berfirman, “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain...”” (an Nisa’: 32)

· Hasad(dengki).Berharap dan berusahaagar sesuatu nikmatyang di anugerahkan Allah kepada seseorang terhapus.

Hukum: Haram mengikut sepakat Ulama

Jika sesuatu itu perlu kita jauhi, maka lebih-lebih lagilah hasad yang tidak sepatutnya berada dalam hati kita.

· Ghibtah (iri hati). Berharap nikmat yang dimiliki oleh orang lain turut dimilikinya tanpa berharap atau bercita-cita nikmat tersebut luput atau terhapus dari orang lain.

Hukum: Jika berkaitan dengan urusan dunia-Harus.

Jika berkaitan dengan ibadah dan ketaatan- mustahab (sunnat)

· Munafasah iatu bersaing untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh orang lain.

Hukum: Harus tetapi tidak perlu keterlaluan sehingga melangkaui batas kemampuan manusia dan dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syara’.

Nabi SAW bersabda,"Tidak boleh hasad kecuali pada dua perkara, iaitu: terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu dia gunakan harta tersebut pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu, lalu dia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia lain". (H.R Bukhari dan Muslim).

DOA MEMOHON HATI YANG BERSIH

للَّّـهُمَّ إنِّي أَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَاْلجُبْـنِ وَالبُخْلِ، وَالهَرَمِ، وَعَذَابِ الْقَـبْرِ، اللَّّـهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مِنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيـُّهَا وَمَولاهَا، اللَّّـهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَابُ لَهَ

“Allohumma inni a’uudzu buka minal ‘ajzi wal kasali wal jubni wal bukhli wal haromi wa ‘adzaabal qobri. Allohumma aati nafsii taqwaahaa wa zakkihaa, anta khoiru man zakkaahaa. Anta waliyyuhaa wa maulaahaa. Allhomma innii a’uudzu bika min ‘ilmin laa yanfa’u wa min qolbin laa yakhsya’u wa min nafsin laa tasyba’u wa min da’watin laa yustajaabu lahaa.”

maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab qubur. Ya Allah, berikanlah ketaqwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan , Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk , nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan “.

Sumber: Solusi

No comments:

Post a Comment

ARKIB NEGARA

KATEGORI

agama (87) Akhlaq dan Nasehat (1) Aqidah (1) Bencana alam (20) Cerita nasihat (24) formula (1) haji (22) Jumaat (8) keluarga (18) Kesihatan (13) Luar Negeri (5) Mekah (2) politik (4) Ramadhan (30) sahabat (3) Sains (17) sajak (8) Seni (2) surah aljumuah (1) tips (18) Umum (50) video (9) video nasyid (1)

My Salute