Sekurang-kurangnya seorang terkorban di tengah kepanikan yang meluas ketika dua ekor gajah liar mengamuk tiga jam menyeberang bandar di India selatan.
Gajah-gajah tersebut mengamuk meninggalkan jejak kemusnahan di pinggiran bandar Mysore, di negara bahagian India selatan Karnataka, setelah mereka berkeliaran di hutan berhampiran.
Seorang laki-laki, penjaga keselamatan 55 tahun dari daerah Bazaar Buluh, telah diinjak-injak sampai mati selepas dia keluar dari rumahnya untuk melihat apa yang terjadi.

Mengamuk : Seekor gajah liar menyondol penjaga keselamatan di Mysore, di negeri bahagian India selatan Karnataka
Rakaman dipaparkan pada berita televisyen New Delhi menunjukkan tubuh manusia di kaki salah satu haiwan yang berkali-kali menanduk, di sondol dan menginjak-injak ke pintu.
Rakaman itu juga menunjukkan gajah mengamuk menyondol lembu.

Salah seekor gajah juga menyerang lembu setelah berkeliaran ke kota dari hutan berhampiran.

Kecoh: Seekor gajah, dipanah dengan ubat penenang di sisinya, merempuh ke kenderaan ketika terhuyung hayang sepanjang jalan, menyebabkan orang ramai ketakutan.

Jejak kemusnahan : gajah sama menyerang sepasang motorsikal tersandar ke dinding

Penduduk Mysore terpaksa memanjat tangga untuk menghindar gajah tersebut
No comments:
Post a Comment